bukan la.....tapi saya nk share tentang penyakit "Ain....Korang pernah dengar ke pasal penyakit ni?atau pernah terkena pada diri sendiri atau ahli keluarga? Meh sini nk bagitau....
(sumber goggle)
Penyakit "Ain adalah penyakit yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Rasulullah SAW bersabda :
"Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkatan padanya, kerana sesungguhnya penyakit "ain itu haq (benar).(HR Ahmad)
Dari Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari "ain (mata jahat) kerana sesungguhnya "ain itu
haq (benar) (HR Ibnu Majah)
Jadi....upload gmbr banyak-banyak dalam facebook, istagram tuu boleh terkena penyakit "ain ker?
Ya....korang mesti berhati-hati dalam media sosial kerana media sosial korang tu ramai boleh tengok. Kadang kala kita ni sajer je nk upload sebab nk kongsi tapi berbeza dari sudut pandangan mereka yang melihat..Jadi saya sarankan nk upload tuu biarlah berpada dan tapis dlu ye..
Siapa yang berpontesi terkena "ain??
- Anak dara tua
- bayi
- cacat di bahagian muka/bahagian yang boleh nampak
- terlalu jelita dan kacak
- orang yang berharta
Siapa yang berpontesi memberikan "ain kepada seseorang :
- org yang suka mengumpat, mencarut, mengeji, menghina
- orang yang suka memuji tpi dalam masa yang sama suka mengeji
- seorang yang pendiam
- jin yang jahat
Ni saya kongsikan juga tanda-tanda seseorang itu terkena penyakit "ain :
- sakit kepala berterusan
- wajah jadi kekuningan tidak seperti biasanya
- banyak berpeluh
- sering buang air besar/kecil
- sering nak muntah
- sering menguap
-tidak selera makan
- tangan, kaki sering basah berpeluh serta ada rasa sakit
- takut yang berlebihan
- suka marah tanpa alasan
- sesak di dada
- berat badan menurun
- sedih berlebihan
- suka menyendiri dan mengurung diri
- susah tidur malam
Kesan kepada mereka yang mempunyai penyakit "ain
1) rasa sakit yang berpindah di badan
2) penyakit asma
3) diabetis
4) mandul
5) Lumpuh mendadak
6) period tidak teratur
7) tekanan darah tidak stabil.
Baby boleh terkena tak penyakit "ain? jawapanya YA!! Bayi yang baru lahir sangat mudah terkena penyakit ni apatah lagi sekiranya bayi korang tu memiliki kelebihan yang tidak ada pada baby yang lain contohnya terlalu comel, montel, sihat yang boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Jom check tanda-tanda bayi korang terkena penyakit "ain :
- bayi menangis tanpa sebab tidak berhenti
- mengalami kekejangan tanpa sebab yang jelas
- tidak mahu menyusu ibu tanpa sebarang sebab
- keadaan badan yang kurus kering
Cara elak terkena penyakit "ain
* kerap kan baca ruqyah-ruqyah (bacaan) yang diajarkan dalam islam
* janganlah keterlaluan menunjukkan kelebihan yang dimiliki oleh ank korang
* Ibubapa juga tidak berlebihan memceritakan kebaikan dan kelebihan anak kepada orang yang boleh mengundang rasa iri hati dan dengki kepada sesiapa yang melihatnya.
* sering membaca Al-quran dan mendengar Al-quran
* berwudhuk lah sentiasa
Perbezaan sihir dan Penyakit "ain
- penyakit "ain lebih bahaya dari sihir
- sihir ni ada tamat nya tetapi "ain tidak ada
- sihir dilakukan secara sengaja untuk memudaratkan orang lain tetapi "ain berpunca dari ibubapa sendiri
- sihir dilakukan oleh orang yang jahat tetapi penyakit "ain ni berpunca di pandangan mata orang yang soleh.
jadi korang yang membaca tentang penyakit "ain pada hari ni, nasihat saya untuk korang ialah sentiasa mengingat bahawa sekalipun kita mengetahui bahawa penyakit "ain ini amat berbahaya tetapi tidak semua dapat terjadi kecuali dengan izin Allah Subhanahu wa ta'ala. Kita juga sebagai orang islam tidak boleh lah berlebihan dalam sesuatu perkara.
Oklah korang...ckup untuk hari ni...insyallah lain lain saya kongsi lagi yer...salam sayang untuk semua....
No comments:
Post a Comment