Haa...tu laa saya nk share dekat korang ari ni. Nanti lepas baca ni korang boleh mandi sendri je kat rumah. Jimat tau, yelah x perlu pergi ke SPA dah..he..he..he..
Dalam kalangan orang melayu, mandi bunga ni adalah perkara biasa dan ianya amalan yang tersohor. Mandi bunga ni dilakukan kerana beberapa sebab antara nya untuk mewangikan dan menyegarkan badan, dan juga untuk membuang segala aura yang negatif atau tidak baik dalam diri. Dengan kata lain, mandi bunga ni adalah salah satu cara pengawalan atau penyembuhan untuk membuang sial, menyingkirkan tenaga asing,menemukan jodoh, menaikkan seri, mendatangkan tua dan juga untuk mencapai hajat yang tertentu.
Menurut Dr. Fazdilah Kamsah melalui ceramahnya, beliau menyebut :
" Mandi bunga ini dapat menaikan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ni kerana khasiat yang ada dalam bunga itu menyerap masuk ke tubuh manusia"
Bahan/Ramuan mandi bunga
Mengikut adat, mandi bunga ini perlu dilakukan oleh seseorang seperti ustaz/ustazah, atau orang yang arif tetapi korang yakin untuk mandi sendiri apa salah nya korang buat sendiri. Antara bahan yang diperlukan ialah beberapa jenis bunga. Saya pernah terbaca tentang setiap bunga yang itu mengandungi kebaikan yang berlainan tau..
1) Mawar merah : membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi
2) Mawar putih : menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak berseri
3) Cempaka putih : melembut dan mewangikan badan.
4) Cempaka kuning : menyerikan wajah dan mewangikan badan
5) Melur putih dan kuning : Menyucikan dalaman
6) Bunga kenanga : Menaikan seri dan senang didekati.
jadi bunga dah ada, so cara nak mandi pulak??
-Masukkan bunga-bunga tu ke dalam baldi
-Gaul sambil berselawat sebanyak 7x
-Rendamkan bunga ni selamat 15 minit agar segala energi daripada bunga menyerap ke dalam air
-Letakan sedikit garam bukit sambil berselawat
kan....senang jer..dah siap korang mandi je lah sambil berselawat dan jangan lupa baca YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM, YA KARIM, YA LATIF, YA RAZAK, YA ALLAH YA ZALJALALIWALIKRAM, ALLAHUKHBAR dan juga baca ALFATIHAH.
Mandi bunga ni perlu pergi tepi sungai ker? Ehhh.....x perlu la...korang mandi sndri je dalam bilik air rumah korang tu..Tapi kalau rumah korang tepi sungai ok jugak..Best kan air sungai yang sejuk dan segar tu..heheher
Mandi bunga ni sangat mudah kan? masa korang mandi tu boleh beristigfar banyak2 tau..mandilah dengan penuh bersangka baik, penuh kasih sayang, penuh senyuman dan perlu energi.
Lepas mandi bunga ni korang akan rasa segar, rasa positif dan rasa bersemangat..Mandi bunga ni tiap-hari ker??? Haaa...habis laa bunga kat kampung korang kalau mandi tiap hari..hehehehe...
Mandi bunga ni sebulan 1x atau 2x dan cukup..
Saya harap coretan ni dapat membantu korang yang nk mandi bunga tu....sangat senang dan mudah..Oklah la korang...saya undur diri dlu ye...nnti jumpa lagi....
Lepas baca ni cepat2 pergi cari bunga ye :-)
No comments:
Post a Comment