Ibu berpantang dan meroyan adalah perkara yang sinonim. Hal ini disebabkan oleh badan si ibu yang mengalami perubahan hormon selepas bersalin. Perkara yang paling yang perlu dijaga ketika berpantang selain makan minum ialah EMOSI. Emosi si ibu harus dijaga dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan meroyan ini berlaku. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai "Postnatal depression".
Tanda-tanda si ibu mengalami meroyan ialah :
- sunyi
- gelisah
- tertekan
- kerap menangis tanpa sebab
- rasa berputus asa dengan kehidupan
- tidak boleh tinggal keseorangan
- rasa demam selepas asar
- tidak boleh mendengar jika anak menangis. Si ibu akan berasa serabut dan sebagainya.
- letih badan
Meroyan ni tidak datang dengan sendirinya. Ada sebab-sebab tertentu mengapa seseorang ibu itu boleh mengalami masalah meroyan yang berpunca dari tekanan yang dialami oleh mereka. Jom kita lihat :
- tidak mempunyai pengalaman dalam menjaga bayi lagi2 untuk anak pertama dan tidak mendapat bantuan dari sesiapa (berpantang seorang diri)
- suami bersikap lepas tangan, tidak membantu menjaga ibu dan anaknya.
- Keadaan rumah yang terlalu bising dan tidak terkawal
- ibubapa/mertua yang terlalu mengongkong
- masalah perhubungan dengan suami
- anak sakit dan sebagainya
semua ini berpunca daripada si ibu yang terlalu memikirkan sesuatu perkara dengan penuh emosi dan tidak waras. Kesannya, si ibu akan mengalami tekanan perasaan.
Jom baca pula cara untuk mengatasi masalah meroyan ni.
* Banyakkan berehat
- Si ibu mestilah banyakkan berehat ketika waktu berpantang. Elakkan membuat sesuatu kerja yang memenatkan. Sebab itu betapa penting nya untuk berpantang dengan seseorang yang boleh menjaga kita. Contohnya berpantang di rumah ibubapa dan sebagainya. bagi yang berpantang di rumah sendiri pula, boleh mengupah seseorang yang mahir dalam menjaga orang yang berpantang
* Banyakkan mencari maklumat
- Ketika hamil bnyak kan membaca dan mencari maklumat tentang berpantang, tentang bayi yang baru dilahirkan dan sebagainya dengan orang-orang tua, buku, majalah dan lain-lain. Apabila seseorang ibu itu sudah mengetahui maklumat sedikit sebanyak ketika waktu berpantang, ia akan membantu si ibu tersebut melalui sesi berpantang dengan mudah. Oleh itu, pentingnya pengetahuan kepada ibu.
* Jangan berdiam diri di dalam bilik sepanjang tempoh berpantang
- Janganlah asyik terperap dalam bilik sahaja. Si ibu mestilah bergaul dengan orang lain di sekitarnya. Luah kan perasaan yang terpendam dalam hati, jangan disimpan dan tanggung seorang diri. Cari lah seseorang yang boleh dipercayai seperti suami dan sebagainya. Cara yang paling mudah untuk bergaul dengan orang ialah melalui online dengan bertukar pendapat, bercerita dan sebagainya.
* Berpantang dengan betul megikut tradisional
- Perkara paling penting ketika berpantang ialah untuk menjaga pemakanan. mengikut tradisonal berpantang dalam tempoh 44 hari atau 100 hari sahaja. Jika pemakanan di jaga, luka jahitan juga cepat sembuh. Setiap hari jangan lupa mandi dengan mandian yang menyegarkan badan kita.
Saya sarankan ibu-ibu boleh menggunakan MANDIAN GEL AURA7. Selain dari baunya yang wangi dan boleh menyegarkan badan, mandian ni juga boleh mengatasi masalah tekanan emosi, gangguan-gangguan luar dan sebagainya. Mandian ni juga boleh dijadikan sebagai pendinding kerana telah disyifakan tau.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mandian ni ibu-ibu boleh hubungi saya http://www.wasap.my/+60103340669/pmAura7
itu sahaja perkongsian saya untuk hari ni...Bagi ibu-ibu yang dalam proses berpantang saya ucapkan SELAMAT BERPANTANG DAN TAHNIAH YER!!